fbpx

Mahkamah tolak pengakuan PATI Indonesia kes seksual kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka. Foto MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

MELAKA – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menolak pengakuan bersalah seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang didakwa atas pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan seorang remaja, April tahun lalu.

Majistret Nabilah Nizam membuat keputusan itu selepas tertuduh, Badin, 26, tidak mengakui fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa berkomunikasi secara seksual dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 17 tahun ketika kejadian di sebuah rumah bernombor, Tengkera Pantai 1 dalam daerah Melaka Tengah antara pukul 4 pagi dan 5 pagi pada 27 April 2023.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohamad Naim Abd. Jalil tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana tertuduh bukan warganegara dan tiada mempunyai pas perjalanan yang sah untuk berada di Malaysia.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan tarikh 9 Julai depan untuk serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI