fbpx

8 pasangan kembar belajar di sekolah sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah Rendah Kolej Kerajaan Veng memiliki tujuh pasangan kembar seiras dan satu pasangan kembar tidak seiras. – X

NEW DELHI – Sebuah sekolah rendah di Aizawl, negeri Mizoram menarik perhatian orang ramai kerana mempunyai lapan pasangan kembar yang belajar di institusi pendidikan berkenaan, lapor laman berita NDTV kelmarin.

Guru Besar Sekolah Rendah Kolej Kerajaan Veng, H. Lalventluanga berkata, hanya  satu daripada lapan pasangan kembar itu adalah kembar tidak seiras.

Lebih menarik, sepasang adik-beradik  kembar itu merupakan anak perempuan dan lelaki Lalventluanga sendiri. Mereka berumur lima tahun.

“Sekolah ini mempunyai sepasang kembar tidak seiras, empat pasang kembar perempuan dan tiga pasang  kembar lelaki.

“Pada tahun lalu, sekolah ini hanya mempunyai empat pasangan kembar,” katanya kepada akhbar The Assam Tribune.

Tambah Lalventluanga, meskipun sekolah berkenaan mempunyai pasangan kembar pada tahun-tahun sebelumnya, tahun ini mencatatkan rekod baharu dengan lapan pasangan berkenaan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI