fbpx

Komet meletup terangi langit di Eropah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bola api meletup di udara tukar langit gelap menjadi rona biru terang -X

MADRID – Satu rakaman video menunjukkan sebuah komet bergerak pada kelajuan 2,735 kilometer sejam dan menerangi langit malam dalam kejadian yang jarang berlaku, lapor portal berita The Sun semalam.

Orang ramai di Sepanyol dan beberapa kawasan di Portugal dapat melihat pergerakan komet itu dengan jelas. 

Beberapa saksi berkata, mereka  terperanjat melihat bebola api besar  bergerak laju dan  mengubah langit gelap gelita menjadi terang.

Rakaman luar biasa itu dirakam menggunakan kamera pemuka sebuah kereta di Portugal. Ia menunjukkan objek berbentuk bola api berwarna biru mempesonakan dengan ekor panjang jatuh dari langit.

Dalam masa beberapa saat sahaja, objek menyala tersebut meletup dan seluruh langit bertukar menjadi warna biru.

Rakaman berbeza Agensi Angkasa Eropah (ESA) menunjukkan objek tersebut menerangi langit di bandar Caceres, barat Sepanyol menjadi rona biru dan hijau.

ESA dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa cahaya biru yang melintasi langit adalah ‘komet yang menakjubkan’. Ia bergerak pada kelajuan sekitar  2,735 kilometer sejam.

Agensi itu kemudian mendedahkan objek tersebut adalah “kepingan kecil komet” dan bukannya meteor.

“Kemungkinan sebarang meteorit ditemui adalah sangat rendah,” tambahnya.

Komet itu dikatakan terbakar di atas lautan Atlantik selepas melintasi langit di Sepanyol dan Portugal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI