fbpx

Kes bunuh Bella dipindah ke Mahkamah Tinggi Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD HAIKAL ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Mahkamah Majistret di sini hari ini memutuskan kes pembunuhan Bella atau Mila Sharmilah Samsusah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.

Majistret Suhaila Shafi’uddin bagaimana pun tidak menetapkan tarikh berikutan keputusan pemindahan baru diputuskan hari ini.

Pihak pendakwaan dikendalikan Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh, Muhammad Haikal Mahfuz, 24, diwakili peguam Syahril Anuar Harun.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Sebelum itu, Mohammad Haikal tiba di mahkamah pada kira-kira 8.30 pagi dengan kawalan ketat pasukan keselamatan.

Turut kelihatan ialah ahli keluarga kepada Mohammad Haikal termasuk bapanya yang menunggu seawal pukul 8 pagi di pekarangan mahkamah.

Mohammad Haikal didakwa membunuh Bella atau Mila Sharmila Samsusah, 32, antara Jalan Kelapa Barli, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, di Kampung Parit Besar dan sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Tongkang Pechah.

Kejadian itu berlaku pada antara pukul 11 malam hingga 5 pagi, antara 14 hingga 15 Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Syahril ketika ditemui memaklumkan akan menunggu tarikh yang akan diputuskan oleh pihak Mahkamah Tinggi Muar.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI