fbpx

Keluarga tahanan mati dalam lokap dapat ganti rugi RM197,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhelah (kanan) hadir ditemani anaknya ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini memerintahkan kerajaan dan polis membayar ganti rugi RM197,600 kepada keluarga Fadzrin Zaidi, 29, yang ditemui mati di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU), lima tahun lalu.

Hakim Datuk P. Anand membuat keputusan berhubung ganti rugi kepada ibu Fadzrin, Fadhelah Othman, 56, selepas prosiding kes saman sivil wanita itu dijalankan hari ini.

Fadhelah memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia dan 10 defendan lain antaranya Ketua Polis Negara, Ketua Polis Pulau Pinang, Ketua Polis Daerah SPU juga pegawai serta anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, pada 2022.

Ketika prosiding, Anand berkata, berlaku kelalaian polis di lokap itu sehingga menyebabkan berlakunya kematian tahanan.

“Ketika kejadian didapati terdapat kelalaian antaranya rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tidak dipantau setiap masa dan perintah tetap tidak dipatuhi anggota bertugas,” katanya ketika prosiding di sini, hari ini.

Mahkamah menetapkan bayaran RM50,000 bagi kos guaman, RM57,600 bagi ganti rugi kehilangan tanggungan, RM30,000 untuk ganti rugi kesedihan, RM50,000 ganti rugi teruk, RM3,000 untuk kos pengebumian, RM5,000 bagi kos pengeluaran surat kuasa mentadbir harta pusaka dan RM2,000 perbelanjaan perjalanan.

Fadzrin, dari Kampung Perlis di Butterworth, pertama kali ditahan polis atas dakwaan memiliki dadah bersama rakan-rakan di lokasi yang tidak didedahkan pada 20 November 2019.

Polis mendapat perintah reman lima hari keesokan harinya dan Fadzrin ditempatkan di lokap di IPD Seberang Perai Utara.

Dia disahkan meninggal dunia pada 22 November 2019 oleh polis, yang mendakwa dia membunuh diri. Sijil kematiannya menyatakan punca kematian sebagai konsisten dengan menggantung diri. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI