fbpx

Kembali jadi pontianak, Maya Karin tak tahu apa-apa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYA Karin mendakwa tidak tahu apa-apa tentang perancangan sambungan sekuel ketiga filem Pontianak Harum Sundal Malam.

PETALING JAYA – Pelakon Maya Karin enggan mengulas mengenai dakwaan terlibat dengan pembikinan filem Pontianak Harum Sundal Malam 3 tidak lama lagi.

Maya, 44, berkata, dia tidak mengetahui sebarang maklumat mengenai perancangan filem ikonik berkenaan dan hanya akan menjelaskan apabila sudah mendapat kata putus suatu nanti.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa. Kalau ada kata (informasi itu) daripada Kavita Sidhu, itu apa yang dinyatakan oleh dia.

“Saya hanya pelakon. Jika saya mendapat info nanti, saya akan maklumkan,” katanya ketika ditemui semasa tayangan perdana filem baharu, The Experts di sebuah pusat beli-belah di ibu kota baru-baru ini.

Pada Mac lalu Kavita memaklumkan, dia bersama pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba kembali bekerjasama menghasilkan sekuel ketiga filem seram popular tersebut.

Difahamkan, Maya masih kekal menjadi pontianak dalam filem tersebut selain penggambaran dijadualkan bermula selepas sambutan Aidilfitiri atau Mei ini.

Filem Pontianak Harum Sundal Malam mula ditayangkan kali pertama pada 2004 terbitan Pesona Pictures mengisahkan tentang seorang penari istana bernama Meriam yang dibunuh saat sedang hamil.

Demi membalas dendam, roh Meriam terus menghantui individu yang berniat jahat ke atas waris dan keturunannya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI