fbpx

EPL: Majoriti kelab mahu VAR kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROSES penilaian menerusi VAR menerima reaksi pelbagai apabila terdapat beberapa keputusan kontroversi yang berlaku sepanjang musim ini. - AFP

LONDON – Majoriti pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dilaporkan mahu penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) diteruskan biarpun terdapat usul daripada Wolverhampton Wanderers untuk membatalkannya.

Bagaimanapun, keputusan itu bukanlah disebabkan mereka gembira dan berpuas hati dengan penggunaan teknologi berkenaan sebaliknya mahu penambahbaikan terus dilakukan supaya kontroversi melibatkan VAR tidak lagi timbul.

Sebahagian besar kelab tersebut tidak menolak usul yang dikemukakan Wolves, namun percaya pembatalannya menyebabkan produktiviti saingan itu terjejas selain memberikan imej buruk kepada EPL secara keseluruhan.

Cadangan yang dikemukakan oleh Wolves akan diperdengarkan dalam satu mesyuarat yang bakal diadakan pada 6 Jun nanti dan pembatalan itu memerlukan sokongan 14 daripada 20 kelab yang bertanding.

Ketua Pentadbir Pengadil Profesional Liga Perdana Inggeris (PGMOL), Howard Webb sebelum ini berdepan ‘serangan’ daripada Pengerusi Wolves, Jeff Shi mengenai prestasi VAR musim ini dalam satu perjumpaan pada 11 April lalu.

Wolves mahu segala kekalutan mengenai keputusan yang dibuat oleh pengadil berdasarkan pengalaman sepanjang musim ini diselesaikan dengan baik dan kegagalan VAR dalam membuat keputusan terbaik menjejaskan jenama EPL.

Pihak pengurusan saingan EPL mengakui bahawa sedar mengenai beberapa kelemahan yang dihadapi VAR terutama aspek kepantasan dalam proses menilai ulang tayang insiden selain perlu memastikan ketepatan keputusan yang perlu dibuat.

Bagaimanapun, mereka percaya pembatalan penggunaan teknologi tersebut hanya akan menyumbang kepada lebih banyak keputusan tidak tepat yang bakal berlaku dalam perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI