fbpx

Tabung Haji jamin bayaran dam lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH seorang jemaah mendapatkan bantuan kewangan disalah sebuah kaunter yang dibuka sejak beberapa minggu lalu.

MEKAH – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memberi jaminan urusan pembayaran dam dan korban yang diuruskan oleh agensi itu dilaksanakan dengan teratur dan baik.

Pengarah Operasi Kewangan Anisuati Yahya berkata jaminan tersebut diberikan selepas kerjasama yang telah terjalin sejak 10 tahun yang lalu bersama institusi perbankan tempatan, Islamic Development Bank.

“Untuk pembayaran dam, kita akan laksana selepas operasi haji iaitu pada bulan Muharam dan jemaah haji akan menikmati perkhidmatan lebih selesa kerana dam TH dilaksanakan secara teratur dan baik.

“Semua transaksi boleh dilakukan THiJari dan juga melalui kaunter-kaunter TH yang disediakan di maktab-maktab penginapan jemaah serta di kaunter di tanah air,” katanya semalam.

Beliau berkata untuk jemaah haji, perkhidmatan bayaran ibadah korban boleh disertai oleh bakal jemaah haji dan pendeposit TH menerusi aplikasi THijari.

Tabung Haji sebelum ini dalam kenyataan berkata, pembayaran dam tahun ini ditetapkan pada kadar RM725 bagi seekor kambing atau kibas dan daging sembelihan ini akan diagihkan kepada penduduk yang layak di Mekah.

Kadar pembayaran korban pula ditetapkan pada RM936 untuk seekor kambing atau kibas dan urusan pengagihan akan dilaksanakan oleh Islamic Development Bank (IDB) kepada penduduk Islam yang layak terutamanya di rantau negara Teluk dan benua Afrika. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI