fbpx

Lega UiTM tidak akan ambil pelajar bukan Bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar memakai baju hitam sebagai simbolik membantah kemasukan pelajar bukan Bumiputera berdekatan hentian bas utama Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

SHAH ALAM- Keputusan tegas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang tidak sama sekali akan mengambil pelajar bukan Bumiputera disokong kuat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Yang Dipertua MPP UiTM, Amir Nur Rashid berkata, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu sememangnya tidak boleh dibuka kepada pelajar kaum lain kerana tujuan penubuhan UiTM itu sendiri adalah untuk melahirkan Bumiputera yang berpendidikan tinggi.

“Isu ini telah berlarutan dari awal Mei hingga sekarang. Jadi, apabila semalam Menteri Pendidikan Tinggi dan Naib Canselor UiTM mengeluarkan kenyataan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini, kami di pihak MPP sangat lega.

“Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada pihak Menteri dan Naib Canselor kerana mengeluarkan kenyataan. Saya harap isu ini terhenti setakat ini sahaja,” katanya dalam sidang akhbar bagi menyatakan pandangan MPP UiTM berhubung keputusan itu di sini, hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan tiada sebarang perbincangan berkaitan isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera yang dibuat KPT.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, isu terbabit tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat KPT ataupun pada mesyuarat Kabinet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI