fbpx

‘Laksa Sarawak bau jamu? Itu sebab kulit kami mulus gebu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Zarina menempelak tindakan biadab seorang wanita yang mengkeji makanan kebanggaan Bumi Kenyalang iaitu laksa Sarawak.

PETALING JAYA – Gara-gara tindakan seorang individu yang sewenang-wenangnya menghina makanan kebanggaan negeri Sarawak, penyanyi kelahiran Bumi Kenyalang itu, Sharifah Zarina menempelak perbuataan biadab tersebut.

Hal tersebut terjadi apabila seorang wanita itu menutup hidung semasa menikmati hidangan popular Sarawak yang menurutnya berbau seperti jamu.

“Amboi kak, seronoknya gelak. Rasa jamukah laksa Sarawak? Sebab itulah kami orang Sarawak kulit mulus, putih dan gebu.

“Kakak perasan tak kalau di Kuching, cantik-cantik sahaja tidak kira lelaki atau perempuan,” sindirnya dalam video TikTok.

Geram dengan ejekan seumpama itu, pelantun lagu Langit Ke Tujuh itu turut menyarankan wanita terbabit membawa pulang pes laksa supaya dapat kekal cantik seperti masyarakat Sarawak.

“Kami tak makan jamu dalam botol, kami terus minum kuah laksa Sarawak.

“Dekat sana, buka mata sahaja makan laksa. Petang dan malam pun sama.

“Kakak tidak mahu bawa balik pes laksa Sarawak? Manalah tahu tiba-tiba boleh jadi gebu dan mulus. Selamat mencuba!,” ujarnya penuh sikikal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan kenyataan Zarina mengenai kecantikan orang Sarawak.

“Betul, orang Sarawak memang cantik dan kacak. Tidak dapat dinafikan,” katanya pengikut.

“Saya makan laksa Sarawak sedap. Kenapa dia cakap bau jamu?,” soal netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI