BEBERAPA individu tiba di sebuah pusat pemindahan penduduk di Kharkiv semalam, selepas berpindah dari bandar Vovchansk. - AFP

Russia tingkatkan serangan di Kharkiv, ribuan penduduk berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KIEV – Serangan tentera Russia di timur laut Ukraine menyebabkan lebih 4,000 orang dipindahkan dari Kharkiv, kata ketua wilayah itu seperti dilaporkan Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Pertempuran sengit melibatkan askar-askar Ukraine berterusan di kawasan sempadan negara itu apabila tentera Russia melakukan serangan mengejut pada Jumaat lalu.

Menurut Gabenor Kharkiv, Oleh Syniehubov, seramai 4,073 orang telah dipindahkan. 

Bagaimanapun, beratus-ratus lagi penduduk kekal tinggal di Vovchansk, yang terletak hanya enam kilometer dari sempadan Russia.

Kelmarin, tentera Russia berkata, ia telah merampas lima kampung berhampiran bandar Vovchansk dalam serangan terbarunya, namun BBC tidak dapat mengesahkan dakwaan itu.

Menurut seorang penduduk, Serhii, rumah dan kenderaannya telah dimusnahkan oleh bom tentera Russia, manakala isterinya dikejarkan ke hospital kerana cedera parah.

Sementara itu, dalam ucapan malam semalam, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata, pertempuran masih berterusan di tujuh buah kampung di sempadan.

“Operasi pertahanan kami diteruskan di wilayah Kharkiv,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN