fbpx

Polis Sarawak buru Houstin Bilong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Houstin Bilong diburu polis selepas melakukan rompakan bersenjata ke atas sebuah premis di Jalan Jambusan, Bau.

KUCHING – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak memburu seorang lelaki yang berjaya meloloskan diri dalam kejadian rompakan bersenjata di sebuah premis di Jalan Jambusan, Bau.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, suspek dikenali sebagai Houstin Bilong Usat, 36, berbangsa Kayan menetap di Long Ikang, Miri.

Katanya, suspek dilaporkan melakukan jenayah tersebut kira-kira pukul 10.06 malam, 5 April lalu dengan menggunakan sepucuk pistol.

“Polis Sarawak menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bau, Asisten Superintendan Francis Boniface Barau di talian 012-7100711 atau Balai Polis Bau di talian 082-763311,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mancha turut menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terkesan suspek kerana dianggap berbahaya.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai agar tidak membuat dan menyebarkan sebarang spekulasi yang tidak benar berkaitan kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI