fbpx

Sultan Selangor kecewa MFL tolak tangguh Piala Sumbangsih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa susulan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan, esok.

Baginda selaku Penaung Selangor FC, berpandangan adalah bertepatan untuk pasukan Selangor FC tidak menyertai perlawanan berkenaan yang juga merupakan aksi pertama Liga Super edisi 2024.

Titahnya, ini susulan berlakunya beberapa insiden mengancam nyawa yang melibatkan pemain dan pegawai baru-baru ini.

“Keutamaan ketika ini adalah nyawa serta keselamatan para pemain, dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan.

“Bukan sahaja isu keselamatan, keadaan moral pasukan yang masih terganggu dan terkesan dengan insiden simbah asid yang melibatkan pemain sayap, Faisal Halim, juga harus diambil kira.

“Justeru, beta menyokong solidariti untuk membanteras keganasan sukan dalam apa jua bentuk #standwithfaisalhalim #stoptheviolence,” titahnya menurut kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah di sini.

Sultan Sharafuddin juga mahu semua pihak memahami bahawa tahap keseriusan insiden yang melibatkan nyawa pemain sebegini adalah tidak sama dengan kes-kes sebelum ini apabila
ia berlaku sangat hampir dengan tarikh perlawanan.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, yang dijadualkan esok.

“Selangor FC sedia berdepan dengan apa jua tindakan, susulan daripada keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan ini” tegas baginda.

Semalam,MFL dalam kenyatannya memaklumkan perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, esok, akan dilangsungkan mengikut ketetapan sebelum ini.

Keputusan menolak permohonan Selangor FC itu dibuat selepas mendapat ia jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI