fbpx

Premis makanan kotor diarah tutup, 69 lagi dikompaun DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Premis makanan itu diarahkan menghentikan operasi apabila DBKL memeriksa keadaan dapur premis. Foto ihsan DBKL

KAJANG – Keadaan dapur jijik dan meloyakan menyebabkan sebuah premis makanan sekitar ibu negara dikenakan kompaun dan diberi notis penutupan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL dalam kenyataan berkata, Operasi Sepadu Bersih dilaksanakan sekitar Parlimen Lembah Pantai, Seputeh, Cheras, Bukit Bintang dan Segambut, di sini.

Katanya, sebanyak 88 premis terlibat dalam operasi terbabit yang mana sebanyak 19 daripada jumlah itu didapati tidak beroperasi atau tutup.

“Kita telah memeriksa 69 buah premis dan satu premis telah dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah Seksyen (11) Akta Makanan 1983.

“Selain itu, sebanyak 69 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Pelbagai kesalahan bersabit aspek kebersihan, petugas serta persekitaran premis telah dikenakan tindakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

DBKL akan meneruskan tindakan seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak kesihatan yang telah ditetapkan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI