fbpx

Enam lelaki ditahan kes noda remaja perempuan bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LAHAD DATU – Enam lelaki berusia 13 hingga 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan bawah umur.

Ketua Polis Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes rogol membabitkan pelajar sekolah menengah berkenaan pada awal bulan ini.

“Siasatan mendapati mangsa adalah seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun. Kejadian dilaporkan berlaku di rumah mangsa dan di dalam kenderaan dipercayai berlaku sejak awal tahun ini.

“Hasil siasatan juga mendapati kejadian melibatkan enam suspek termasuklah seorang remaja lelaki berusia 13 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulbaharin memaklumkan kesemua suspek berjaya ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan semua suspek setakat ini ini ditahan reman bermula semalam untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap semua suspek didapati negatif dari sebarang penyalahgunaan dadah.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 10 tahun hingga maksimum 30 tahun dan sebat,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI