fbpx

Biarlah doktor lakukan tugas mereka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahril Mokhtar.

SHAH ALAM – Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menaruh harapan tinggi terhadap barisan doktor yang akan laksanakan pembedahan ketiga, petang ini.

Pengurusan kelab hanya mengharapkan berita lebih positif dapat didengar, mahu semua pihak lebih bersabar dan beri ruang buat barisan doktor untuk lakukan tugas mereka.

“Petang nanti (Pembedahan ketiga). Seperti yang Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) katakan (semalam), Faisal sudah boleh main mata, jadi sekarang dia semakin pulih.

“Jadi kita bagi ruang kepada pihak doktor menjalankan tugas untuk pembedahan ketiga ini. Kita harap Faisal akan semakin baik,” katanya.

Faisal yang sudah lalui dua pembedahan mula menunjukkan perkembangan positif dan barisan doktor yang merawatnya mula berpuas hati dengan reaksi balas ditunjukkan pemain itu.

Dalam perkembangan lain, Faisal bakal dibekalkan makanan bernutrisi bagi memastikan pemain itu mendapat bekalan protein secukupnya sekaligus mampu membantu proses pemulihan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI