fbpx

PM Bangladesh gesa tambah dana, bantu pelarian Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan seorang pelarian Rohingya mengangkat bantuan kemanusiaan di Kutupalong, Bangladesh. - Foto AFP

DHAKA – Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menggesa agar sumber pembiayaan baharu didapatkan bagi membantu pelarian Rohingya yang tinggal di negara Asia Selatan itu, lapor agensi berita Anadolu semalam.

“Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) harus mencari rakan kongsi baharu untuk mengumpul lebih banyak dana bagi menyokong Rohingya di Bangladesh.

“Ini kerana dana untuk warga Myanmar yang dipindahkan itu telah berkurangan,” kata Hasina kepada Ketua Pengarah IOM, Amy Pope semasa mesyuarat di bandar ibu negara, Dhaka.

Perdana Menteri Bangladesh itu juga menyeru IOM untuk membantu memindahkan etnik itu ke Pulau Bhasan Char.

Pulau kecil itu terletak di Teluk Bengal dan sejauh kira-kira 30 kilometer dari tanah besar Bangladesh.

Majoriti daripada kira-kira sejuta Rohingya yang tinggal di Bangladesh melarikan diri daripada tindakan keras tentera di Rakhine, Myanmar pada 2017. 

Kebanyakan mereka ditempatkan di kem pelarian yang sesak di Cox’s Bazar tetapi sejak lewat 2020, kira-kira 35,000 telah dipindahkan ke Pulau Bhasan Char. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI