fbpx

Lindungilah orang yang saya sayang – Eyka Farhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eyka mendoakan agar insan-insan disayanginya sentisa dilindungi Allah SWT.

PETALING JAYA – Terkesan dengan kes samun membabitkan pemain bola sepak Akhyar Rashid, pelakon Eyka Farhana memanjatkan doa agar insan disayanginya itu sentiasa dalam lindungan Allah.

Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 29, berharap agar segala musibah serta perkara buruk dapat dijauhkan.

“Ya Allah, lindungilah orang-orang yang saya sayang. Semoga Allah lindungi kita daripada segala jenis musibah,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Biarpun tidak memperincikan perkongsiannya, status pelakon drama Bunga Bunga Syurga itu sebagai kekasih Akhyar menunjukkan hantaran tersebut sebagai tanda prihatinnya.

Ini susulan kejadian samun yang menimpa tonggak Harimau Malaya itu apabila cedera di bahagian kepala dipukul individu tidak dikenali, minggu lalu.

Selain mengalami kerugian lebih RM4,800 selain dipukul menggunakan senjata besi boleh laras, Akhyar menerima enam jahitan.

Bahkan, Eyka turut memuat naik semula hantaran Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia berkenaan dua ahlinya termasuk rakan baik kekasihya yang juga
pemain kebangsaan, Faisal Halim.

Dalam insiden di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya, Faisal disimbah asid individu tidak dikenali yang mengakibatkannya melecur tahap empat.

Terdahulu, hubungan cinta antara Eyka dan Akhyar sudah terjalin hampir enam tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI