fbpx

Keluarga bimbang keselamatan Safiq, mohon siasatan menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahim menunjukkan laporan berita portal Kosmo! Online berhubung kejadian yang menimpa Safiq.

KUALA SELANGOR – Keluarga Safiq Rahim bimbang akan keselamatan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu dan meminta polis menyiasat secara menyeluruh sekali gus memberkas pelaku jenayah samun berkenaan.

Bapanya, Rahim Mohd. Yatim, 65, dia terkejut menerima maklumat mengenai kejadian menimpa anak sulungnya itu, kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

Jelas beliau, berita malang itu dimaklumkan anak perempuannya, Safiqa, 35, ketika dia sedang berehat di kediamannya di sekitar daerah ini.

“Saya kemudian segera menghubungi Along (Safiq) yang memberitahu dirinya selamat dan tidak mengalami kecederaan. Biarpun lega, kami sekeluarga masih bimbang dengan keselamatannya dan berharap dapat menyiasat dan menahan penjenayah itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Safiq, 37, didatangi dua lelaki menaiki motosikal selepas mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru kira-kira pukul 10 malam tadi.

Menurut Rahim, anak sulung daripada dua beradik itu kali pertama mengalami insiden berkenaan sepanjang berkecimpung dalam arena bola sepak sejak berusia 10 tahun.

“Hati bapa mana tidak risau akan anaknya apatah lagi insiden sama turut melibatkan dua pemain lain. Saya telah berpesan kepada Along supaya sentiasa menjaga dirinya dan isteri serta empat anaknya.

“Kejadian itu turut menyebabkan kami tidak lena tidur kerana memikirkan keselamatan mereka. Selain itu, kami terpaksa menangguhkan majlis rumah terbuka yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI