fbpx

14 lelaki tidak mengaku merusuh guna parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
14 lelaki didakwa merusuh tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seramai 14 lelaki termasuk tiga remaja bawah umur dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini hari ini atas kerana mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang pemuda dan memiliki senjata berbahaya.

Kesemua tertuduh yang berusia 15 hingga 51 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mereka didakwa menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan mempunyai tujuan bersama untuk mendatangkan kecederaan ke atas mangsa berusia 21 tahun dengan parang dan kayu.

Kesalahan dilakukan pada pukul 7.15 malam di Lorong Bunga Raya 2, Taman Bunga Raya, Butterworth pada 3 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda atau sebatan.

Dalam pertuduhan berasingan, mereka didakwa memiliki parang di tempat awam dan didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM20,000 hingga RM28,000 setiap seorang berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis dua kali sebulan dan  dilarang mengganggu mangsa dan saksi sehingga kes selesai.

Jumaat lalu, media melaporkan polis menahan seramai 28 lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rusuhan yang bersenjatakan parang di Butterworth. Video kejadian memaparkan sekumpulan lelaki bersenjata merusuh dan menyerang kereta tular dalam media sosial. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI