fbpx

Suhu harian di Pasir Mas cecah 40 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keadaan cuaca panas di tiga negeri Semenanjung termasuk Kelantan di daerah Pasir Mas dijangka menerima suhu panas maksimum harian mencecah 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut sehingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya memberitahu, cuaca panas itu juga akan melibatkan bahagian Tengah dan Utara Terengganu (Besut dan Setiu) dan Kedah (Padang Terap) berada di tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum mencecah 35 sehingga 37 darjah Celcius untuk tiga hari berturut-turut.

“Selain itu, amaran suhu panas mencecah 37 darjah Celsius juga dijangka di Sabah melibatkan daerah Kota Marudu yang juga berada dalam tahap yang sama,” ujarnya.

“Dalam pada itu, cuaca cerah dan baik di kebanyakan kawasan pada hari ini melibatkan hampir seluruh negeri kecuali di sekitar bahagian Selatan dan Barat negeri Johor, Melaka serta kawasan persisiran pantai di negeri Sembilan, Selangor, Perlis dan Kedah,” ujarnya.

Sementara itu, keadaan cuaca dilaporkan cerah dan tiada hujan melibatkan di Utara Sarawak dan seluruh negeri Sabah pada hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI