fbpx

Lambat 30 minit, mungkin lepas ini ‘giliran’ saya – Tarmimi Siregar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tarmimi Siregar berasa terkilan tidak sempat bertemu dengan sahabat baiknya, Allahyarham Hail Amir ketika seniman itu bertarung nyawa di hospital.

AMPANG — Terlambat 30 minit melawat Allaharyam Datuk Hail Amir di hospital, pelakon veteran Datuk Ahmad Tarmimi Siregar terkilan tidak dapat berada di sisi sahabat baiknya itu ketika beliau sedang bertarung nyawa.

Tarmimi atau nama sebenarnya, Ahmad Tamimi Siregar Kamaruddin, 74, berkata, pemergian penyanyi dan pelakon itu semalam membawa makna dia kini tiada lagi tempat untuk bergurau senda dan berkongsi cerita.

“Memang terkilan sebab saya terlambat setengah jam sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

“Dua hari lepas dia masih sedar tapi saya sibuk sangat sampai tak sempat menjenguk, bila dapat tahu dia dah tiada, saya termenung, terkilan. Wajah kesayangan hamba kini telah pergi buat selamanya.

“Sekarang saya sudah tiada teman bergurau kasar, semua sudah pergi. Mungkin selepas ini giliran saya pula,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menyifatkan Allayarham sebagai sahabat yang mudah didekati, pelakon filem Abang itu sudah terlalu lama mengenali insan berbakat besar itu.

“Sejak 1970, kami memang berkenal rapat, dia sememangnya orang yang senang didekati, apa yang pasti dia memang berbakat besar.

“Walaupun di penghujung usia ini kami jarang bertemu, tapi akan ada masa kami bersua. Kali terakhir berjumpa pada ramadan tahun ini.

“Semoga ahli keluarga tabah menghadapi segalanya, saya difahamkan anak-anak menjaganya dengan baik sekali,” ujarnya di ketika ditemui media di Masjid Ukay Perdana di sini, hari ini.

Hail atau nama sebenar, Abdul Hail Amir disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 3.48 petang semalam akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI