fbpx

Jemaah wanita hamil dinasihat kurang aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MADINAH – Jemaah wanita yang didapati mengandung ketika mengerjakan haji disaran ­me­ngurangkan aktiviti fizikal.

Pengarah Operasi Madinah (Perubatan), Dr. Mahyin Kudong berkata, jemaah wanita juga tidak boleh terlalu bergerak aktif walaupun kandungan tersebut di peringkat prakehamilan dan trimester pertama.

Katanya, ia bagi mengelakkan kandungan gugur ketika melaksanakan ibadah tersebut.

“Kita nasihatkan sekiranya ada jemaah wanita yang baru tahu mereka mengandung ketika mengerjakan haji, kurangkan ­aktiviti fizikal.

“Ini untuk mengelakkan kan­dungan gugur.

“Walau apapun, semuanya berserah kepada Allah SWT,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Tabung Haji di Madinah, Roha Al-Madinah hari ini.

Dalam pada itu Dr. Mahyin berkata, pasukan perubatan di Madinah kini bersedia untuk beroperasi sepenuhnya.

“Jumlah kekuatan untuk perubatan di Madinah, kita mempunyai 53 orang kakitangan terdiri daripada doktor pakar, jururawat, fisioterapi dan pembantu perubatan dengan dibantu petugas Tabung Haji.

“Jadi perkhidmatan disediakan di pusat rawatan Madinah ada peralatan asas seperti rawatan kecemasan, x-ray, ujian makmal dan perkhidmatan sokongan seperti fisioterapi serta pakar ­dietetik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI