fbpx

AGC akan bantah permohonan semakan kehakiman Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq menunjukkan dokumen permohonan semakan kehakiman ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta tiga pihak lain berhubung tindakan kerajaan yang didakwa memberhentikan peruntukan dana RM730,300 perbelanjaan kebajikan rakyat di parlimennya.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili Jabatan Peguam Negara
ketika dihubungi di sini selepas pengurusan kes Mahkamah Tinggi secara e-Review hari ini

“Permohonan itu akan didengar pada 12 Julai ini di hadapan Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh,” kata beliau.

Terdahulu, Syed Saddiq dan tiga pengundi di kawasan Parlimen Muar selaku pemohon memfailkan permohonan pada 23 April lepas menerusi Tetuan Lim Wei Jiet dengan menamakan Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam permohonan itu, kesemua pemohon memohon perintah untuk membatalkan keputusan memberhentikan atau membatalkan baki RM500,000 daripada jumlah RM1.7 juta yang sepatutnya disalurkan secara terus kepada akaun bank Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar bagi tujuan perbelanjaan untuk program-program kebajikan, kesejahteraan rakyat dan bencana bagi kawasan parlimen Muar.

Selain itu, mereka memohon kedua-dua responden membatalkan akses pemohon pertama (Syed Saddiq) terhadap sistem myKHAS yang menguruskan permohonan peruntukan pembangunan RM2 juta untuk kawasan itu dan keputusan untuk membatalkan beberapa projek-projek yang secara kolektif berjumlah RM230,300 yang telah dipohon oleh pemohon pertama dan telah diluluskan dalam sistem myKHAS untuk peruntukan pembangunan RM2 juta.

Mereka juga memohon untuk membatalkan keputusan kedua-dua responden yang enggan meluluskan atau memberikan apa-apa peruntukan kepada pemohon pertama sebagai Ahli Parlimen Muar untuk program-program di bawah “Projek Mesra Rakyat” ataupun yang seumpama dengannya bagi tahun 2024.

Selain itu, permohonan yang difailkan antaranya atas alasan responden-responden telah melanggar hak kesamarataan Syed Saddiq selaku Ahli Parlimen Muar dan tiga pemohon lain sebagai pengundi kawasan parlimen itu yang terjejas termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI