fbpx

Wajib layak final untuk ke Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUBAHAN (tengah) menunjukkan jersi yang akan digunakan pada Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 di Kazakhstan bermula 21 Mei ini.

KUALA LUMPUR – Skuad hoki dalam dewan lelaki perlu memastikan kemaraan ke perlawanan akhir Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 yang dijadualkan berlangsung di Kazakhstan bermula 21 hingga 24 Mei ini jika mahu melangkah ke Piala Dunia tahun depan.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, kelayakan ke Piala Dunia amat penting buat pasukan negara kerana ia bakal menentukan masa depan hoki dalam dewan Malaysia.

Justeru, beliau menggesa barisan pemain negara supaya melakukan persediaan sewajarnya bagi memastikan Malaysia mendapat slot automatik ke Piala Dunia dengan sekurang-kurangnya menjadi naib juara pada Piala Asia nanti.

“Pasukan hoki dalam dewan Malaysia akan mengambil bahagian pada Piala Asia lelaki dan wanita yang turut menjadi kelayakan ke Piala Dunia di Croatia tahun depan. Pasukan lelaki merupakan juara pada edisi sebelum ini.

“Kita perlu menamatkan saingan dalam kelompok dua teratas untuk melayakkan diri ke Piala Dunia nanti. Bagi MHC, kejohanan ini amat penting kerana ia akan menentukan masa depan hoki dalam dewan Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jersi Pasukan Hoki Dalam Dewan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Pada saingan Piala Asia nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah, Kazakhstan, Indonesia dan Oman.

Difahamkan, beberapa muka lama yang pernah beraksi pada temasya Sukan SEA Kemboja tahun lepas serta Piala Asia 2022 masih dikekalkan selain ada beberapa pemain hoki padang turut disenaraikan.

Sementara itu, skuad hoki dalam dewan yang turut beraksi pada Piala Asia di Chonburi, Thailand bermula 13 hingga 16 Mei ini menggalas misi sukar apabila wajib menjadi juara untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2024.

“Skuad wanita akan berlepas ke Thailand pada 12 Mei dan akan berdepan Kazakhstan, Iran, Nepal dan Oman. Kejohanan ini penting kerana mereka wajib menjadi juara jika mahu ke Piala Dunia tahun depan.

Sebagai rekod, pada saingan Piala Asia edisi terdahulu, skuad wanita selepas menewaskan Kazakhstan 2-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI