fbpx

Jepun terus kuasai benua Asia B-23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEPUN merangkul kejuaraan kedua mereka di pentas Piala Asia B-23 selepas menewaskan Uzbekistan 1-0 di final kelmarin. - AFP

DOHA – Pengendali Jepun, Go Oiwa bertegas bahawa beliau memiliki keyakinan penjaga golnya, Leo Kokubo mampu menyelamatkan sepakan penalti Uzbekistan untuk mengesahkan kejuaraan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024.

Pada aksi final kelmarin, Jepun memperoleh gol kemenangan menerusi pemain gantian, Fuki Yamada pada masa kecederaan babak kedua dan selepas itu Kokubo cemerlang menafikan sepakan penalti Umarali Rakhmonaliev.

“Kejayaan ini hadir hasil sokongan semua orang, tidak hanya kakitangan pasukan, tetapi juga pemain serta penyokong kami. Jadi saya boleh katakan kemenangan ini mampu diraih hasil sokongan semua orang.

“Apabila keputusan pengadil memberi penalti kepada lawan, saya tetap yakin Kokubo mampu melakukan tugasnya dengan baik untuk menyekat sepakan pemain lawan,” katanya.

Ia adalah kejuaraan kedua Jepun di pentas Piala Asia B-23 dan kejayaan itu menebus kekecewaan pada edisi 2022 yang menyaksikan mereka hanya berpuas hati menamatkan saingan di tempat ketiga.

Selain itu, kejuaraan tersebut juga adalah trofi kedua buat Oiwa di pentas tertinggi bola sepak Asia selepas memimpin Kashima Antlers memenangi Liga Juara-Juara Asia pada 2018.

“Untuk memenangi pertandingan di Asia bukan tugas yang mudah. Sepanjang bergelar pemain dan jurulatih, saya pernah mengecapi beberapa kejayaan dan bermain di final yang sukar ini jelas jelas sesuatu yang di luar imiginasi saya.

“Tetapi kami kekal fokus dan kejayaan ini bukan tentang diri saya sebaliknya untuk seluruh pasukan. Semua orang terbabit dalam kejayaan ini dan saya begitu bangga dengan mereka,” jelas Oiwa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI