fbpx

Skuad B-23 pulang tanpa kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUKHAIRI (tengah) kecewa selepas tewas kepada Vietnam pada aksi terakhir Kumpulan C Piala Asia B-23 di Stadium Lokomotiv sebentar tadi. - AFC ASIAN CUP

KUALA LUMPUR – Hasrat skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan untuk mengutip kemenangan pertama dalam saingan Piala Asia B-23 di Tashkent, Uzbekistan gagal menjadi kenyataan.

Sebaliknya, skuad B-23 terpaksa akur menutup kempen kejohanan tanpa sebarang kemenangan selepas tewas 0-2 kepada Vietnam pada aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Lokomotiv sebentar tadi.

Kekalahan itu juga menyaksikan Vietnam berjaya mara ke suku akhir bersama juara bertahan, Korea Selatan selepas menang 1-0 ke atas Thailand di Stadium Pakhtakor dalam satu lagi aksi yang berlangsung sebentar tadi.

Kapten skuad B-23, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas mereka tewas tiga perlawanan berturut-turut termasuk 1-4 kepada Korea Selatan dan 0-3 di tangan Thailand sebelum ini.

“Kami dah bagi sehabis baik tetapi mungkin bukan rezeki kami di sini. Kami akan perbaiki lagi banyak perkara untuk menjadi pasukan yang lebih baik,” katanya selepas tamat perlawanan.

Dalam aksi sebentar tadi, skuad B-23 melepaskan gol pertama kepada Nham Manh Dung yang berjaya menanduk masuk hantaran daripada Nguyen Thanh Nhan pada minit ke-29.

Skuad bimbingan Brad Maloney terus ditimpa malang apabila pengadil dari Sri Lanka, Hettikamkanamge Perera menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam selepas melihat sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Bukan itu sahaja, Perera turut melayangkan kad merah kepada Muhammad Hairiey Hakim Mamat selepas bola terkena tangan pemain pertahanan tersebut dalam kawasan kotak penalti pada minit ke-45+6.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya kapten Vietnam, Bui Hoang Viet Anh biarpun percubaan pertama diselamatkan penjaga gol, Muhammad Firdaus Irman Mohd. Fadhil sebelum dia membuat rembatan susulan pada minit ke-45+8.

Skuad B-23 cuba bangkit di babak kedua, namun Vietnam terus menunjukkan mereka berada selangkah di hadapan apabila menguasai sepenuhnya baki 45 minit permainan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI