fbpx

47,000 dikhuatiri terjejas, LRA Sungai Linggi dicemari minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIHAK JASNS menjalankan siasatan bagi mengetahui punca pencemaran minyak di LRA Sungai Linggi, hari ini.

SEREMBAN – Bekalan air kepada kira-kira 47,000 pengguna dikhuatiri terjejas susulan kejadian pencemaran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, S. Veerapan berkata, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) sudah mengambil tiga sampel air di Sungai Batang Penar bagi dianalisis ke Jabatan Kimia Malaysia pagi tadi.

Beliau berkata, pihak JASNS dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri menjalankan siasatan di lokasi pencemaran sebaik mene­rima aduan berkaitan pencemaran itu pukul 7.40 pagi hari ini.

“Hasil pemeriksaan pasukan siasatan JASNS dan BKSA di lembangan Sungai Linggi dan pihak BKSA menemui bau disyaki bahan bakar iaitu petrol atau diesel di Sungai Batang Penar.

“Pasukan terbabit kemudian menjalankan pemeriksaan ke kilang-kilang berhampiran kawasan penemuan dan sebuah premis iaitu sebuah kilang dikesan menghasilkan bau yang sama pada air sungai tersebut.

“Namun, punca pencemaran tidak dapat ditemukan, hanya terdapat kesan minyak dan bau disyaki petrol atau diesel di dalam longkang di dalam kawasan premis,” katanya.

Difahamkan, operasi LRA Su­ngai Linggi dilaporkan mempu­nyai sebanyak 47,000 pengguna.

Ujar Veerapan, sebanyak tiga sampel diambil bagi tujuan analisa komposisi iaitu di Sungai Batang Penar, longkang dalam premis dan longkang keluar dari premis untuk dihantar ke Jabatan Kimia.

“Arahan telah dikemukakan kepada premis bagi tindakan serta-merta untuk membendung apa-apa efluen keluar dari premis ke longkang awam dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Terdahulu, Pusat Khidmat Pelanggan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) memaklumkan, bau minyak yang tinggi iaitu sebanyak 19 ton menyebabkan beberapa lokasi terjejas melibatkan sebahagian kawasan Batu 6 dan Batu 4, Jalan Pantai; Jalan Sua Betong, Air Kuning, Tampin Linggi dan di sekitar Pekan Port Dickson.

Turut terjejas pekan Port Dickson hingga Lukut, dari simpang Bukit Palong, Chuah, Bukit Pelan­dok hingga Tanah Merah Site A. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI