fbpx

EPL: Arsenal kembali dapat tonik terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIMBER berpeluang membuat kemunculan semula apabila turun menentang Bournemouth malam ini. - AFP

LONDON – Arsenal mendapat suntikan moral menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Bournemouth di Stadium Emirates malam ini apabila tonggak pertahanan, Jurrien Timber dilaporkan hampir cergas sepenuhnya.

Kepulangan semula Timber ke dalam pasukan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) awal musim ini pastinya memberi kelegaan kepada The Gunners bagi merealisasikan misi menjulang trofi kejuaraan.

Bagaimanapun, pengurus Arsenal, Mikel Arteta menjelaskan, beliau akan memantau terlebih dahulu keadaan semasa Timber sebelum membuat keputusan sama ada mahu menurunkannya atau tidak bertemu Bournemouth.

“Berhubung situasi Jurrien (Timber) ketika ini, keputusan hanya akan dibuat selepas sesi latihan terakhir. Kami perlu meneliti tahap kecergasannya terlebih dahulu, jika dibenarkan dia akan bermain.

“Apa yang pasti, dia memang sangat hampir untuk kembali berada dalam skuad bagi mengharungi perlawanan. Saya tidak tahu sama ada ia terlalu cepat ataupun tidak, namun dia sudah hampir cergas sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Timber berkata, dia sudah tidak sabar untuk kembali berada dalam kesebelasan utama bagi membantu pasukan menamatkan kemarau kejuaraan EPL sejak kali terakhir dimenangi Arsenal pada 2004.

“Semuanya berjalan lancar ketika ini, mungkin ia memerlukan sedikit masa, lebih-lebih lagi kecederaan seperti saya. Memang benar saya tidak sabar untuk kembali bermain tetapi tidak boleh tergesa-gesa,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI