fbpx

Lee Zii Jia ter’smash’ hati pemain AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelagat pemain badminton Amerika Syarikat ketika melihat Zii Jia yang tular sejak semalam.

ETALING JAYA – Klip edit ‘romantik’ pemain badminton Amerika Syarikat, Esther Shi memandang atlet profesional negara Lee Zii Jia di media sosial mengundang perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @bello.com28, Esther yang bermain di gelanggang bersebelahan Lee Zii Jia kelihatan berhenti untuk mengelap peluhnya dan tergamam dengan kehadiran Zii Jia yang sedang berjalan ke arah kawasan rehat.

Berdasarkan rakaman, Esther yang berusia 22, melihatnya dua kali berturut-turut menyebabkan ramai membuat andaian bahawa atlet itu terkesima dengan penampilan kacak oleh pemain ranking ke-10 di dunia ini.

Terdahulu, Zii Jia menentang pemain Denmark, Axelson pada saingan kumpulan D Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone pada 30 April 2024.

Rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi lucu.

“Untungnya boleh tengok Lee Zii Jia depan mata,” komen @Linda_89.

“Saya ada nampak semalam, terus fikir mesti akan ada orang yang buat video sweet (comel) bahagian ini, rupanya betul ada,” komen @XMoreo.

“Pemain itu macam terkejut dapat tengok Zii Jia, mesti tak sangka court (gelanggang) sebelah- sebelah,” komen @haliza.

Sehingga kini video tersebut mendapat 375,000 tontonan, 17,800 tanda suka dan 683 perkongsian – KOSMO! ONLINE

@bello.com28 Amboi Jia USA girl pun hmm 🫠 #leeziijia#thomascup2024 #ziijia#lzj#badminton#fyp #foryou ♬ Happily Ever After – jollani

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI