fbpx

Jadi pendiam lepas jadi mangsa amang seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki direman bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual kepada seorang kanak-kanak perempuan di Tampin bulan lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

TAMPIN – Seorang penganggur ditangkap bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di sebuah inap desa di sini bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, suspek iaitu lelaki berusia lingkungan awal 20-an dan tidak bekerja itu ditangkap pada pukul 9.20 malam kurang empat jam selepas polis menerima laporan.

“Pengadu menyatakan anak perempuannya dibawa oleh seorang lelaki ke sebuah inap desa untuk mengambil barang pada 27 April lalu. Suspek kemudian menurunkan seluar anak perempuan pengadu.

“Anak perempuan pengadu terus keluar dari bilik inap desa dan kejadian tersebut membuatkan anak perempuan pengadu berubah menjadi seorang pendiam. Perubahan sikap kanak-kanak berkenaan disedari oleh guru sekolah anak pengadu,” katanya.

Ujar Amiruddien lagi, siasatan awal mendapati suspek dan mangsa merupakan kenalan.

Menurutnya, permohonan reman telah dibuat di Mahkamah Kuala Pilah dan suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(a) (ii) Akta Kesalahan Seksual dan Kanak-Kanak 2017,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI