fbpx

Tiga individu dilanggar lori menggelongsor, seorang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga kelihatan sugul ketika di lokasi kemalangan di Jalan Seremban-Tampin, di sini, petang semalam. -Foto NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

SEREMBAN – Seorang pesara tentera maut apabila dirempuh kenderaan menggelongsor ketika berada di luar keretanya yang rosak di Jalan Seremban-Tampin, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.55 petang itu, lima buah kenderaan terbabit dalam kemalangan iaitu sebuah bas, sebuah lori, dua kereta dan sebuah motosikal.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 70an bersama seorang penumpang perempuan dari Ampangan menghala ke Port Dickson telah mengalami kerosakan di lorong kiri.

“Kemudian datang sebuah kereta jenis Hyundai Getz yang dipandu seorang lelaki telah melanggar belakang kereta jenis Proton Wira. Tidak lama kemudian datang seorang penunggang motosikal jenis Honda Wave iaitu seorang lelaki yang telah berhenti untuk memberikan bantuan kepada kenderaan yang terlibat kemalangan.

“Selepas itu datang sebuah lori jenis Hino yang dipandu oleh seorang lelaki bersama tiga orang penumpang lelaki dari arah sama telah berhenti di belakang kenderaan yang terlibat kemalangan untuk mengubah haluan ke lorong kanan sebelum dilanggar oleh sebuah bas jenis Nissan yang dipandu seorang lelaki bersama 40 penumpang iaitu pekerja kilang di bahagian belakang sebelah kanan lori.

“Perlanggaran itu mengakibatkan lori menggelongsor ke hadapan dan melanggar pemandu kereta jenis Proton Wira, pemandu Hyundai Getz dan penunggang motosikal,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar beliau lagi, akibat kemalangan tersebut pemandu Proton Wira telah mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di lokasi kemalangan, manakala pemandu Hyundai Getz dan penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke zon kuning Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Menurutnya, penumpang lori, penumpang Proton Wira serta penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI