fbpx

SUK serah siasatan MB Perlis kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri

KANGAR – Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menyerahkan siasatan membabitkan Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Muhd. Khair Razman Mohamed Annuar berkata, pihaknya tidak mempunyai kapasiti untuk mengulas mengenai perkembangan itu memandangkan tidak mengetahui secara lanjut berhubung kes berkenaan.

Katanya, perkara itu masih dalam siasatan selain SPRM tidak pernah berurusan dengannya.

“Saya rasa belum sesuai untuk saya komen sebab masih peringkat siasatan. Saya serah pada pihak SPRM,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Mohd. Shukri dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan kepada SPRM pagi tadi berhubung dakwaan kes salah guna kuasa.

Difahamkan, beliau memberi keterangan berkenaan selama tiga jam bermula pukul 10 pagi.

Semalam media melaporkan, SPRM menyiasat seorang pemimpin politik kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengan anaknya membabitkan peruntukan bernilai kira-kira RM300,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI