fbpx

Dua bekas pegawai kanan Air Kelantan direman kes rasuah projek telaga jejari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat lelaki termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat AKSB semasa tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu hari ini untuk prosiding reman. Foto oleh ROSALWANI CHE SOH/KOSMO!

KOTA BHARU – Empat lelaki termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung pembinaan projek telaga jejari yang gagal berfungsi bagi membekalkan air kepada penduduk di negeri ini.

Tahanan reman yang bermula hari ini hingga Sabtu itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid bagi membolehkan mereka disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, keempat-empat lelaki yang memakai baju lokap berwarna oren dan memakai pelitup muka tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini kira-kira pukul 8.45 pagi dengan menaiki van SPRM.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM menahan empat individu termasuk dua bekas pegawai kanan AKSB selepas disyaki terbabit dalam pembinaan telaga jejari yang tidak berfungsi untuk membekalkan air kepada penduduk.

Menurut sumber, keempat lelaki berusia antara 40 hingga 60-an itu ditahan berasingan di sini, antara 7 hingga 10 pagi semalam.

Katanya, dua lagi yang ditahan merupakan pemilik syarikat yang diberi tanggungjawab sebagai konsultan bagi menyiapkan pembinaan telaga terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI