fbpx

Ahmad Zahid nafi tohmahan konon SPRM jadi alat kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas Majlis Semarak Madani di Kompleks C, hari ini. -Foto FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Tindakan pihak pembangkang sengaja mendakwa kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadikan alat kerajaan memang sudah dijangka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua isu memang boleh menjadi bahan bagi kepentingan mereka.

“Apa sahaja (isu) pasti dijadikan modal politik oleh pihak pembangkang,” katanya ketika ditemui para pemberita selepas menghadiri Majlis Semarak Madani Kompleks C di sini.

Beliau merujuk kenyataan oleh beberapa tokoh Perikatan Nasional yang menyelar tindakan SPRM menahan individu dikaitkan dengan blok lawan itu sebagai bermotifkan politik.

Ia susulan tindakan agensi tersebut menahan anak Menteri Besar Perlis bagi siasatan kes pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000 sejak 2022 hingga kini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan bahawa semua pihak seharusnya sentiasa mengamalkan sikap bersangka baik terhadap sebarang perkara berlaku.

“(Maka) sebab itu saya sendiri kata kita kena husnuzon dan menyerahkan (isu ke atas tokoh lawan) kepada SPRM untuk melakukan siasatan mereka dengan adil,” tambahnya.

Kes yang dihadapi individu berprofil tinggi tersebut ujar beliau, jika ada asas kukuh perlu dipertimbangkan oleh pihak mahkamah yang akan menentukan bersalah atau tidak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI