fbpx

Kerajaan Sarawak tanggung kos pendidikan dua anak Joanna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari menyampaikan sumbangan kepada Haslie semasa mengadakan lawatan muhibah kepada keluarga mendiang Joanna di Kampung Engkaroh, Serian hari ini.

SERIAN – Kos pendidikan dua anak mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna yang maut dalam nahas helikopter terhempas di Lumut Perak, Selasa lalu akan ditanggung Kerajaan Sarawak.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kos pendidikan itu bermula daripada peringkat sekolah rendah sehingga sekolah menengah dan universiti dengan kesemuanya ditanggung oleh Yayasan Sarawak.

“Hari ini saya maklumkan kepada keluarga mereka khususnya bapanya bahawa kita akan mendaftar nama dua anaknya ke dalam data Yayasan Sarawak. Kita akan membantu pendidikan mereka sehingga ke peringkat tertinggi.

“Mudah-mudahan anak-anaknya dapat belajar ke peringkat universiti, mungkin selepas itu masuk tentera, kerana saya rasa mereka tentu mempunyai semangat wira juga kerana kedua-dua ibu bapanya bertugas dalam angkatan tentera (Tentera Laut Diraja Malaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas semasa melawat keluarga mendiang Joanna di Kampung Engkaroh, di sini hari ini.

Joanna meninggalkan dua anak, Allesia Felice Haslie, 4, dan Hovannes Haslie berusia setahun.

Sempena lawatan itu, Abang Johari turut menyampaikan bantuan sebanyak RM10,000 kepada suami mendiang, Bintara Muda TMK Haslie Ali, 33.

Mendiang Joanna,26, adalah antara 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam tragedi melibatkan pertembungan dua buah helikopter milik TLDM di Pangkalan TLDM, di Lumut, Perak pada 23 April lalu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI