fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: SPR tubuh 2 pasukan penguat kuasa kempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HULU SELANGOR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan dua pasukan SPR menubuhkan dua pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, penubuhan pasukan itu untuk memantau semua aktiviti calon-calon yang bertanding ketika berkempen.

Menurutnya, semua calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya tertakluk kepada undang-undang kecil yang diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].

“Ia termasuk bagi tujuan mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang simbol parti dan pemimpin parti gabungan, komponen secara bersama atau berasingan diwakili,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Bagaimanapun, Abdul Ghani berkata, semua kaedah bahan kempen adalah dibenarkan selagi tidak mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati, permusuhan atau berunsur perkauman dan menyentuh menyentuh isu kaum, agama dan raja (3R).

“Tiada had ditetapkan kepada gambar bagi parti politik yang bertanding dan gambar pemimpin parti politik komponen pada bahan kempen pilihan raya.

“Gambar pemimpin parti politik pada bahan kempen namun menyokong calon bertanding boleh digabung atau diletakkan secara berasingan tertakluk kepada bahagian pilihan raya calon tersebut bertanding,” ujarnya.

Jelasnya, pemimpin yang dimaksudkan adalah individu yang mempunyai apa-apa jawatan di mana-mana peringkat di dalam parti atau parti komponen berdaftar secara rasmi atau tidak.

Tambahnya, SPR berharap agar aktiviti berkempen berjalan dalam suasana penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan- peraturan ditetapkan.

Terdahulu, proses penamaan calon PRK Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor yang bermula pada pukul 9 sehingga 10 pagi selesai dilaksanakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, Khairul Azhari Suat (Perikatan Nasional), Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dan seorang calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Untuk rekod, PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, Lee Ki Hiong pada 21 Mac lalu.

Justeru, SPR menetapkan PRK DUN itu pada 11 Mei depan manakala hari pengundian awal pula pada 7 Mei dengan tempoh berkempen sehingga 11.59 malam, 10 Mei (Jumaat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI