fbpx

[VIDEO] Lima kenderaan terbabit kemalangan, dipercayai elak kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berhubung kemalangan babit lima kenderaan di Jalan Nilai - Salak Tinggi - Bukit Changgang di sini, pagi tadi.

SEPANG – Polis mengesahkan lima buah kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Nilai – Salak Tinggi – Bukit Changgang di sini, pagi tadi.

Video insiden itu tular di media sosial hari ini yang turut memaparkan sebuah lori terjunam ke bawah laluan bertingkat menyebabkan pemandunya tersepit.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, insiden itu berlaku pukul 10.30 pagi.

Beliau berkata, ia membabitkan sebuah lori, sebuah treler, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan dua buah kereta.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan punca kejadian masih disiasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

Terdahulu, sebuah rakaman video ‘dashcam’ (papan pemuka kenderaan) tular memaparkan sebuah kereta tiba-tiba berhenti di laluan kiri jalan dipercayai bagi mengalihkan seekor kucing.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan insiden kemalangan apabila sebuah lori gagal membrek dipercayai mahu mengelak kenderaan itu sebelum terjunam ke bawah laluan bertingkat.

Insiden sama turut mencetuskan pelanggaran beberapa buah kenderaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI