fbpx

Bapa ‘lalok’ dadah dera anak dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mendera anak perempuannya yang berusia dua tahun di Jalan Kuari di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, nenek mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10 pagi, 28 April lalu.

Menurutnya, pengadu yang berusia 58 tahun itu mendapati cucunya mengalami luka di bahagian kepala, lengan selain kesan melecur.

“Mangsa beritahu dia didera bapanya itu ketika berada di rumahnya di Taman Pinggiran Cheras sebelum dihantar ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Siasatan dijalankan kemudian membawa kepada tangkapan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang merupakan bapa mangsa.

“Suspek ditahan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di Jalan Kuari pada pukul 10.30 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan mendapati suspek memiliki satu rekod kes dadah. Suspek direman selama tujuh hari bagi siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI