fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Jenazah Norfarahimi selamat disemadi di Selama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Amir (duduk, empat dari kanan) membaca talkin untuk kakaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Demak, Selama, malam ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

LARUT – Lebih 1,000 orang terdiri dalam kalangan ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat menghadiri majlis pengebumian Pegawai Waran II, Nurfarahimi Mohd. Saedy, 41, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Damak, Sungai Bayor, Selama, di sini hari ini.

Jenazah Nurfarahimi tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 7.50 malam setelah berlepas dari Ipoh pada pukul 6 petang tadi.

Suasana sedih menyelubungi apabila keranda mula dibuka bagi memberi peluang terakhir untuk ahli keluarga menatap wajah Allahyarham Nurfarahimi.

Anak sulung Allahyarham, Muhd. Alif Farhan Muhd. Faizul, 16, bersama adiknya, Nur Alwani Fatihah, 12, kelihatan menangis sambil dipeluk oleh bapa mereka, Pegawai Waran I, Muhd. Faizul Kameh ketika melihat jenazah Nurfarahimi.

Muhd. Alif Farhan kemudiannya dilihat turun ke liang lahad untuk mengambuskan tanah setelah jenazah ibunya diturunkan.

Turut memberi penghormatan terakhir ialah Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah serta Ahli Undangan Negeri (ADUN) Selama, Mohd. Akmal Kamaruddin.

Talkin telah dibacakan oleh adik bongsu Allahyarham, Mohamed Amir, 33, manakala jenazah selamat dikebumi pada pukul 9 malam mengikut adat istiadat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Istiadat penyerahan panji-panji kepada pihak waris mangsa telah dilakukan oleh Laksamana Pertama Shaiful Bahri Baharuddin.

Norfarahimi merupakan antara 10 anggota TLDM yang terkorban dalam nahas dua buah helikopter di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut semalam ketika menjalani raptai Perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI