fbpx

Kerajaan setuju tambah bilangan syarikat pembekal minyak di MySubsidi Diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan pada sidang akhbar pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk menambah bilangan syarikat pembekal minyak daripada dua kepada tiga syarikat di dalam sistem MySubsidi Diesel berkuat kuasa serta merta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada syarikat pembekal minyak dan industri pengangkutan.

“Kalau sebelum ini syarikat-syarikat sembilan jenis pengangkutan barangan dihadkan untuk mempunyai pilihan dua syarikat pembekal minyak.

“Kita telah putuskan atas rayuan tersebut bahawa kita akan beri pilihan tambahan iaitu memilih tiga daripada lima syarikat pembekal minyak,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi libat urus bersama pemain industri pengangkutan kenderaan darat barangan bagi persediaan pelaksanaan penggunaan ‘fleet card’ di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek rintis SKDS 2.0 kepada sembilan jenis kenderaan sektor pengangkutan darat barangan mulai 6 Mac 2024.

Kenderaan itu membabitkan lori kargo am, lori minuman botol, lori ais, lori luton, lori tangki, lori tangki air, van panel dan van ‘window’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI