fbpx

Busana feminin, lestari hadiri rumah terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Busana tradisi dengan gaya lebih trendy menyerlahkan keanggunan.

SELAIN mencari pakaian terbaik untuk digayakan pada pagi Aidilfitri, pemilihan pakaian yang sesuai untuk menghadiri acara rumah terbuka turut dititikberatkan orang ramai di negara ini, khususnya bagi mereka yang bergelar fashionista.

Pakaian yang trendy, sopan dan selesa lazimnya menjadi pilihan tatkala memenuhi undangan rumah terbuka.

Menyedari hakikat itu, syarikat e-dagang fesyen terkenal Malaysia, ZALORA melancarkan kempen ZALORAYA 2024 yang bertujuan memberikan pilihan pakaian sopan menarik buat pelanggannya.

Kempen tersebut dilancarkan menerusi sebuah pertunjukan fesyen yang berlangsung di Sentul Pavilion, Kuala Lumpur.

Acara itu menampilkan pelbagai rekaan menarik daripada 19 pereka berbakat besar tempatan, antaranya FM by Fuzana Mokhtaza, Naelofar, Tom Abang Saufi dan Maslea, selain dua label pakaian sopan milik ZALORA iaitu ZALIA dan Lubna.

Acara pertunjukan fesyen tersebut dimulakan dengan tayangan filem bertemakan kasih sayang, persahabatan dan kekeluargaan yang menjadi simbolik sambutan Aidilfitri.

Ia turut menekankan kepentingan mengekalkan tradisi tatkala beraya agar ia tidak lenyap ditelan zaman.

Model-model memperagakan busana feminin sopan Lubna dengan penggunaan warna pastel dan terang dalam pertunjukan fesyen baru-baru ini.

Pengurus Kategori bagi Pakaian Sopan ZALORA Malaysia, Mia Lim berkata, industri busana sopan telah menunjukkan perkembangan yang baik, sekali gus membuktikan pengaruhnya di rantau Asia.

“Sebagai sebuah syarikat pakar fesyen di Asia, ZALORA menyedari keperluan untuk memenuhi permintaan pelanggan Muslim kami.

“Sejak melancarkan kategori busana muslimah pada 2014, kami melihat perkembangan yang baik bagi kategori pakaian tersebut,” katanya.

Tambah Lim, tahun ini juga cukup istimewa buat syarikat itu apabila mengekalkan komitmen ZALORA terhadap kelestarian alam sekitar menggunakan material terpakai.

“Hampir 20 peratus daripada koleksi Aidilfitri kami kali ini dihasilkan menggunakan fabrik dikitar semula seperti linen, rayon, sifon, satin dan juga poliester,” jelasnya.

Koleksi Aidilfitri daripada ZALIA tahun ini menampilkan busana yang diinspirasikan daripada era Renaissance dengan menggabungkan ciri tradisi dan siluet Barat. Koleksi ZALIA Basics mengetengahkan rekaan batik yang digabungkan bersama kemasan sulaman.

Recycle Polyester Top with Skirt Set pula menampilkan rekaan kebaya labuh bercorak dengan potongan longgar yang dipadankan bersama kain pareo polos dalam warna kontra.

Seleksi busana Lubna pula menyerlahkan sisi feminin pemakai dan lebih menyasarkan golongan muda.

Rona trendy seperti pastel, rona terang dan juga rona gelap yang elegan mendominasi koleksi Lubna tahun ini.

Recycled Polyester Kurung Cape Kedah with Skirt Set pula menampilkan baju kurung potongan cape daripada fabrik jarang yang dipadankan bersama kain corak rona senada, sesuai buat penggemar gaya ringkas dan tidak berlebih-lebihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI