fbpx

Aku pernah seksi, tapi tak gadai maruah – Lana Nodin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKESAN dengan pendedahan kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine, pelakon Lana Nordin tampil beri pendapat.

PETALING JAYA – Pendedahan seorang individu mengakui kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz meraih perhatian pelakon Lana Nodin yang menyelar sikap tidak tahu malu segelintir perempuan.

Lana atau nama sebenarnya,?Mazlina Hassan Nodin, 44, berasa pelik dengan sikap sesetengah wanita zaman sekarang tanpa segan silu membuat pengakuan mempunyai hubungan sulit dengan suami orang.

“Wanita masa kini terlalu murah, mengaku girlfriend (kekasih) walaupun (lelaki) dah kena tangkap dengan perempuan lain.

“Walhal, ada bini lagi itu,” tulisnya pada ruangan komen hantaran sebuah portal berkaitan pendedahan wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine yang mengaku bercinta dengan suami Bella Astillah.

Tegas pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu, dia juga pernah berpenampilan seksi satu ketika dahulu namun tidak pernah terlintas menggadaikan maruahnya sebagai wanita demi seorang lelaki.

“Aku dulu pun seksi bagai juga tapi tak adalah sampai maruah diri pun nak kena korbankan pasal jantan macam ini. Tak berbaloi,” ujarnya.

Dalam komen sama, Lana menasihati kaum Hawa agar lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup atau bakal suami.

Sebagai perempuan, Lana mengakui walapun ketika berdepan masalah kesihatan, dia tetap mengikuti perkembangan semasa kerana terkesan dengan pendedahan dilakukan wanita terbabit.

“Sedarlah wanita, ramai lagi lelaki yang elok untuk dijadikan suami atau pasangan hidup.

“Aku tengah sakit dekat hospital pun terkesan tengok kenyataan macam ini,” katanya lagi.

Sejak semalam dunia hiburan tanah air gempar apabila wanita dipercayai asal Singapura membuat pengakuan terbuka bercinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

Sarah memberanikan diri melakukan pendedahan selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan pelakon Ruhainies pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan, wanita itu turut mendakwa Ruhainies ada menghasut dan mempengaruhi Aliff untuk bertindak perkara tidak sepatutnya terhadap Bella.

Wanita dipercayai ibu tunggal anak dua itu juga mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan Ruhainies, selain mendakwa pasangan yang kantoi berkhalwat itu sebetulnya ada hubungan cinta biarpun masing-masing bertegas hanya kawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI