fbpx

Tiga penyamun Geng Ayoi tersungkur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan yang dirampas pihak polis ketika serbuan.

HULU SELANGOR – Polis memberkas Geng Ayoi didalangi tiga lelaki yang aktif menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar Hulu Selangor dan Gombak semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, ketiga-tiga suspek berusia 23 hingga 32 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kuang pada pukul 3 pagi.

Susulan penahanan itu, polis merampas motosikal jenis Honda RSX, dua unit topi keledar, sehelai baju berwarna hitam serta sepasang kasut.

“Semakan mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah. Ujian air kencing mendapati tigasuspek itu positif methamphetamine dan tetrahydrocannabinol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal memberitahu, dengan tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan sebanyak sembilan kes samun di dua daerah tersebut.

“Kita percaya mereka aktif menyamun sejak awal Januari lalu. Sembilan kes diselesaikan melibatkan enam kes samun kedai serbaneka 24 jam, satu kes samun tepi jalan dan dua kes curi motosikal,” ujarnya.

Jelas beliau, ketiga-tiga suspek ditahan reman selama enam hari bermula semalam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah di kawasan masing-masing kepada pihak polis. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI