fbpx

MAGGI® rai wira masak di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kempen Dikaulah Jiwa Raya beri penghormatan kepada cef tidak didendang.

KALAU tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Peribahasa tersebut sesuai menggambarkan inisiatif MAGGI® pada Ramadan dan Aidilfitri kali ini dalam meneruskan tradisi yang berharga dalam kalangan masyarakat.

Dalam inisiatif terus menyantuni orang ramai, tersirat nilai yang lebih penting daripada perkongsian hidangan yang disediakan dengan penuh kasih sayang yang menyatukan khalayak setempat.

Melalui kempen ‘Dikaulah Jiwa Raya’, MAGGI® menekankan dan menunjukkan semangat sebenar Ramadan dan Aidilfitri dengan menumpukan masa dan kemahiran mereka untuk memberi makan kepada jiran tetangga dan keluarga.

Melalui kempen yamg berlangsung di lebih 280 lokasi untuk mengedarkan 200,000 mangkuk bubur lambuk, MAGGI® menekankan usaha luar biasa tiga cef komuniti yang menjadi teras inisiatif.

Program pengagihan bubur lambuk MAGGI® tahun ini melibatkan lebih ramai masyarakat di seluruh negara dari Lembah Klang ke Johor sehinggalah Terengganu dan lain-lain.

Pengagihan bubur lambuk Maggi pada tahun ini merangkumi komuniti PPR di seluruh negara, dari Lembah Klang ke Selatan dan Pantai Timur tanah air.

Melalui inisiatif ini, MAGGI® menekankan kepentingan mengiktiraf wira yang tidak didendang seperti ibu anda, pemilik restoran dan tukang masak komuniti.

Mereka adalah nadi dan jiwa komuniti kerana mereka menjaga kesejahteraan sejagat pada masa yang istimewa ini.

Abdul Ghani gembira memasak untuk komuniti.

Menurut Ketua Tukang Masak yang setia di PPR Desa Rejang, Abdul Ghani, 68, dia telah menginap di kawasan tersebut selama 25 tahun.

Beliau terkenal dengan kepakaran dan minatnya dalam ­menyediakan hidangan untuk komuniti tempatan.

“Saya sangat gembira melihat penduduk menikmati hidangan yang saya sediakan, terutamanya untuk golongan asnaf yang memerlukan.

“Terima kasih kepada MAGGI® atas sokongan mereka yang membolehkan saya terus memasak bubur lambuk dan berbakti kepada komuniti pada bulan Ramadan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, seorang tukang masak komuniti yang merupakan bekas peserta Program Wanita Cukup Berani Maggi, Cef Marsitah Daud, 48, berkata, dia berasa bertanggungjawab untuk menyediakan juadah berkhasiat kepada pekerja di Jabatan Perhutanan Negeri Johor agar mereka dapat menjalankan tugasan masing-masing dengan jayanya.

Marsitah sanggup memasuki ke dalam hutan untuk memasak makanan berkhasiat kepada pekerja di Jabatan Perhutanan.

Wanita itu telah mula memasak sejak tahun 2019 di jabatan tersebut dan menggunakan kemahiran memasak­nya untuk menyediakan makanan berkhasiat kepada pekerja sambil mencurahkan keikhlasan serta dedikasi dalam setiap hidangan.

“Untuk bulan puasa, kita menahan lapar dan dahaga serta kita tidak cukup tenaga.

“Jadi saya harus masuk ke dalam hutan untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai tukang masak.

“Tidak dapat saya gambarkan ke­puasan apabila melihat pekerja menikmati makanan yang berkhasiat, saya juga dapat menyalurkan kasih sayang dengan sentuhan istimewa daripada seorang ibu,” terang beliau.

Sementara itu, seorang lagi wira yang tidak didendang yang berperanan penting dalam membantu golongan memerlukan adalah Napsiah Mohamad Saifullah, 38, iaitu seorang ibu dan usahawan dari Terengganu.

Napsiah berpengalaman sebagai usahawan dan sentiasa menghidangkan makanan sihat kepada pelanggan.

Beliau yang juga pemilik Warung Kopi Roda itu suka memasak di rumah dan juga di restoran.

“Saya ingin pelanggan mendapatkan nutrisi yang sama seperti yang saya berikan kepada anak-anak.

“Saya juga ingin mereka melihat saya sebagai contoh yang baik yang mana saya memasak ­dengan tekun dan penuh semangat bukan sekadar hidangan biasa.

“Saya ingin anak-anak saya belajar daripada saya tentang kepentingan memberikan yang terbaik dalam setiap masakan yang disediakan,” jelas beliau.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maggi.my. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN