fbpx

Mata guru wanita lebam ditumbuk cikgu lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanyan

KEMAMAN – Seorang guru wanita berusia 32 tahun sebuah sekolah rendah di daerah ini lebam mata kiri selepas dipercayai ditumbuk oleh seorang guru lelaki di kawasan kantin sekolah itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, mangsa yang merupakan guru Bahasa Inggeris dan suspek berusia 49 tahun dipercayai bertengkar.

“Insiden dikatakan berlaku di kantin sekolah sebelum mangsa telah disepak dan ditumbuk suspek menyebabkan matanya lembam. Motif yang menyebabkan pertengkaran mereka masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, suspek menghilangkan diri selepas insiden itu, maka gerakan mengesannya sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI