fbpx

[KEMASKINI] Warga emas sudah empat hari hilang sebelum ditemui maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Allahyarham Che Man ditemui di kawasan semak berdekatan Sungai Kampung Titi Tok Bandar di Kangar pada pagi tadi.

KANGAR – Lelaki warga emas yang ditemui meninggal dunia di kawasan semak berhampiran Sungai Kampung Titi Tok Bandar, di sini pagi tadi didakwa menghilangkan diri dari rumah antara tiga hingga empat hari lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, maklumat itu diperoleh hasil temu bual ke atas seorang anak kepada si mati, Allahyarham Che Man Che Pi, 68.

“Mangsa tinggal di Kampung Medan, Utan Aji dekat sini dan usaha mencari telah dijalankan oleh waris serta rakan mangsa sebelum ini tetapi gagal.

“Menurut waris mangsa, si mati mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan menerima rawatan psikiatri di Hospital Tuanku Fauziah (HTF),” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dengan berkain pelikat tanpa memakai baju.

Menurutnya, pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis telah membuat pemeriksaan terhadap mangsa dan mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HTF untuk tujuan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di kawasan semak dekat Sungai Kampung Titi Tok Bandar, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI