fbpx

Helikopter terhempas dinaiki Presiden Iran ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR disiarkan IRNA semalam menunjukkan helikopter dinaiki Raisi berlepas di sempadan Iran dan Azerbaijan. – AFP

TEHRAN – Ketua persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Pirhossein Koolivand menyatakan hari ini bahawa helikopter membawa Presiden Ebrahim Raisi yang hilang telah ditemui tetapi situasi adalah ‘tidak baik’.

“Helikopter itu telah ditemui. Kami sedang menuju ke arah bangkai helikopter tersebut,” katanya.

Terdahulu, Raisi, 63, berada di wilayah Azerbaijan untuk merasmikan Empangan Qiz-Qalasim.

Raisi berlepas bersama Gabenor wilayah Azerbaijan Timur dan Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian dalam konvoi disertai tiga buah helikopter.

Dua daripada helikopter itu selamat mendarat di destinasinya, namun Raisi dilaporkan hilang.

Kehilangan beliau mencetuskan operasi mencari besar-besaran dengan pasukan penyelamat menyusuri kawasan pergunungan, namun  bergelut dengan keadaan cuaca buruk.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI