fbpx

Bapa tidak sedar bayi perempuan terjatuh dari kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan beberapa buah kereta di Riyadh. - AFP

RIYADH – Seorang bayi perempuan berusia setahun terjatuh dari kereta keluarganya tanpa disedari di sebuah lebuh raya di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, lapor portal berita Gulf News kelmarin.

Namun, bayi itu berjaya diselamatkan oleh seorang pemandu yang dikenali sebagai Talal Al Enazi.

Talal memberitahu bahawa bayi itu terjatuh dari pintu belakang kereta bapanya semasa dalam perjalanan di utara Riyadh pada waktu malam.

Ketika memandu kira-kira pukul 11 malam (waktu tempatan), pintu belakang kenderaan yang bergerak di hadapan Talal tiba-tiba terbuka, menyebabkan bayi itu terjatuh.

“Saya berhenti dan semua kereta di sekeliling saya melakukan perkara yang sama apabila melihat bayi perempuan itu, yang kami dapati berlumuran darah,” katanya.

Talal segera membawa bayi itu ke hospital. 

“Saya juga meminta pemandu lain melambaikan tangan kepada itu kerana mereka tidak menyedari bayinya tercicir dari kereta,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI