fbpx

Sultan Selangor rasmi Kompleks LakePoint S P Setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin menekap tangan pada skrin sebagai gimik perasmian Kompleks LakePoint di Setia Alam Impian, Shah Alam, hari ini-Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Kompleks LakePoint S P Setia Bhd. (S P Setia) di Setia Alam Impian, di sini, hari ini.

Baginda berangkat hadir bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin disambut Pengerusi S P Setia, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif S P Setia, Datuk Choong Kai Wai.

Sultan Sharafuddin meluangkan masa lebih sejam melawat ruangan serta kemudahan dalam kompleks tersebut sebelum melakukan gimik perasmian, iaitu memotong sejumlah belon di taman reakreasi yang terletak di dalam kompleks berkenaan.

Syed Anwar berkata, Kompleks LakePoint telah dibuka bagi digunakan oleh orang awam pada Ogos tahun lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar Shah Alam.

“Dianggarkan 12,000 orang yang hadir dan menggunakan kemudahan yang terdapat dalam Kompleks LakePoint.

“Keluasan kompleks ini adalah 2.8 hektar dan memiliki beberapa kemudahan seperti LakePoint Central (pusat runcit), LakePoint Club (rumah kelab), LakePoint Gallerie (galeri jualan dan pejabat) dan LakePoint Park (tasik dan taman reakreasi),” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kompleks LakePoint di Setia Alam Impian, di sini, hari ini.

Menurut beliau, LakePoint Central merangkumi kawasan ruang runcit yang boleh disewa dengan keluasan 28,038 kaki persegi.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI